Kelas Mahir Foto, Masak, Jahit & Baiki Gadjet
13 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniTelah berlangsungnya kelas-kelas mahir di NADI Pekan Changkat Jering untuk minggu pertama bagi Pengambilan musim ketiga. Seramai 5 peserta telah menyertai kursus mahir ini di NADI Pekan Changkat Jering. Pada minggu pertama, semua peserta diberikan pendedahan terlebih dahulu tentang pengunaan sistem, bagaimana cara menanda kehadiran dan sebagainya.
Pihak NADI mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada para peserta kerana mengambil peluang menyertai program secara percuma ini di NADI. Semoga ilmu-ilmu sepanjang kelas dapat diaplikasikan dengan baik oleh para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: